Thursday, September 27, 2012

STEP UP EDU - Siapa Kami ?



Syarikat Step Up Edu (IP0376465-P) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada Oktober 2012.

Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk memasarkan program-program akademik eksekutif institut pengajian tinggi awam dan swasta. Step Up Edu berperanan dalam mengatur sesi preview program kepada orang awam, melayani pertanyaan serta membekalkan maklumat yang berkenaan kepada prospek pelajar, dan menguruskan permohonan dan pendaftaran pelajar.

Matlamat Step Up Edu adalah untuk memberi peluang dan kemudahan kepada individu-individu untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. Pihak kami ingin merealisasikan hasrat individu-individu yang ingin memperbaharui pengetahuan dan kemahiran tanpa mengira umur dan latar belakang mereka demi kemajuan dan kepuasan diri.

Kelebihan kami adalah dengan mempunyai ahli-ahli syarikat yang berpengalaman dan komited untuk membantu dan melihat lebih ramai individu mendapat akses pendidikan seiring dengan seruan kerajaan Malaysia ke arah membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

"Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat"

0 comments:

Post a Comment