Tuesday, October 2, 2012

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN PERNIAGAAN (MBA) LATIHAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI, UPSI



Program
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Latihan dan Pembangunan Organisasi)

Jangkamasa Pengajian dan Kaedah :
• Minimum 3 semester (1 ½ tahun) dan maksimum 10 semester (5 tahun)

• Penyampaian kursus dilakukan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Di antara kaedah yang digunakan adalah penulisan projek, kerja lapangan, simulasi, kajian kes, Problem Base Learning (PBL), pengkuliahan, pembentangan tugasan, perbincangan, seminar dan e-learning.

Matlamat Program

I. Melahirkan lulusan sarjana yang menguasai dan menggunakan teori, prinsip, konsep dan idea – idea utama dalam bidang pentadbiran perniagaan.
II. Menyediakan lulusan sarjana yang mampu menganalisis secara kritis dan mampu mensintesis ilmu dari pelbagai sumber bagi mempertingkatkan ilmu melalui pembelajaran terarah kendiri.
III. Membudayakan ilmu dengan cara berkongsi ilmu dan menyebar luas ilmu dalam bentuk lisan dan tulisan untuk kepentingan umum bertujuan untuk meneroka sempadan ilmu baru serta mengembangkan ilmu.
IV. Menghasilkan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang mampu menguasai kemahiran pedagogi dan pengurusan pembelajaran sambil menggunakan ICT dalam pengajaran serta pembelajaran, penyelidikan dan perkembangan profesional bidang.
V. Menghasilkan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang – bidang yang dikenal pasti masih memerlukan graduan untuk memenuhi keperluan dalam pasaran pekerjaan.
VI. Membudayakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan kemahiran berkomunikasi dalam bentuk lisan dan tulisan untuk menyampaikan dan menyebarkan ilmu atau hasil kajian serta mampu mempertahankan dapatan atau ilmu baru berdasarkan hujah dan bukti daripada penyelidikannya.
VII. Menyiapkan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang menguasai prosedur dan kaedah dalam menjalankan penyelidikan ilmiah.

Peluang Peningkatan Kerjaya
• Menjadi guru / pensyarah / pengurus / pemimpin / pentadbir di institusi pendidikan dan latihan kerajaan / swasta.
• Perunding dalam bidang latihan dan pembangunan organisasi.

Struktur Program



Struktur program merangkumi kursus – kursus teras, projek penyelidikan dan kursus – kursus pengkhususan. Program ini ditawarkan dalam Mod A (kerja kursus dan projek / peperiksaan komprehensif) sahaja.

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM 17, 800.00 sahaja. Yuran pengajian hendaklah dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh UPSI.

Bayaran pada hari pendaftaran :

1. Yuran Pengajian : Sekurang – kurangnya 30 % atau RM 5, 040.00
2. Yuran Pendaftaran : RM 250.00
3. Yuran Alumni : RM 100.00
4. Kad Pelajar : RM 30.00
5. Bayaran Proses Borang : RM 50.00 (Dibayar semasa memohon)

Sumber Pembiayaan
• PTPTN / KWSP / MARA
• Bank – bank tempatan
• Koperasi

Syarat – syarat Kemasukan
Pelajar yang akan mengikuti Program Ijazah Pentadbiran Perniagaan perlu memenuhi syarat – syarat berikut :

i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.75 dari UPSI atau Ijazah yang setara dari mana – mana institusi pengajian tinggi; atau
ii. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan berpengalaman dan diiktiraf oleh Senat UPSI
iii. Memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

“ Kelebihan UPSI adalah semua kuliah secara bersemuka oleh pensyarah UPSI “

0 comments:

Post a Comment