Monday, October 1, 2012

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK, UPSI



Program Diploma Pendidikan Awal Kanak - kanak diperkenalkan untuk melahirkan para pendidik atau pembimbing yang berketerampilan dalam pendidikan awal kanak - kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip - prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Program ini juga digubal untuk melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta berupaya mengaplikasikan peranan profesional pendidikan awal kanak - kanak dalam masyarakat pelbagai budaya yang sedang mengalami perubahan sosial dan teknologi yang berterusan.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan pengalaman dan pembelajaran disesuaikan dengan pengalaman dan bidang tugas pelajar - pelajar seperti :
a. kuliah
b. seminar / bengkel
c. pembentangan kertas kerja
d. latihan modular
e. praktikum
f. intership
g. penyelidikan
h. penulisan disertasi
i. program kolobrasi

Struktur Program



Tempoh Pengajian
1 1/2 tahun hingga 2 tahun

Syarat Kemasukan
• Memiliki SPM dengan kelulusan lima (5) kredit iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan satu (1) mata pelajaran lain atau;
• Memiliki STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah dengan baik.
• Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM 17, 100.00 sahaja. Yuran pengajian hendaklah dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh UPSI.

Bayaran pada hari pendaftaran:
1. Yuran Pengajian : RM 3, 230.00
2. Yuran Pendaftaran : RM 250.00
3. Yuran Alumni : RM 100.00
4. Kad Pelajar : RM 30.00
5. Bayaran Proses Borang : RM 50.00 (Dibayar semasa memohon)

Sumber Pembiayaan:
• PTPTN
• KWSP
• Koperasi
• Yayasan
• Bank-bank tempatan

0 comments:

Post a Comment