Tuesday, October 2, 2012

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN (M. Ed) BAHASA MELAYU, UPSI



Program Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) ini diwujudkan bagi menyediakan lulusan Sarjana Pendidikan yang mampu mengamalkan profesion di peringkat lanjutan, mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang profesionnya dan menjalankan penyelidikan asas terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu semakin diberi perhatian dalam memperkasakan sistem pendidikan negara.

Program Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) direka bentuk untuk melengkapkan siswazah dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini agar mereka dapat menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik, pemimpin serta pengurus pendidikan Bahasa Melayu di sekolah sesuai dengan perkembangan semasa dan tuntutan dasar Negara Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Program ini akan dilaksanakan secara ‘Offshore’. Pensyarah dan pelajar akan bersemuka secara berkala di sebuah pusat pembelajaran yang akan ditetapkan kemudian. Kurikulum program ini adalah sama seperti kurikulum yang diterima oleh pelajar yang belajar di kampus UPSI. Program ini akan dikendalikan oleh pensyarah – pensyarah yang berpengalaman luas dan berwibawa dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan pengalaman dan bidang tugas pelajar – pelajar seperti :

a. kuliah
b. seminar / bengkel
c. pembentangan kertas kerja
d. latihan modular
e. praktikum
f. internship
g. penyelidikan
h. penulisan disertasi
i. program kolobrasi

Kuliah diadakan setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) selama 14 minggu/semester.

Struktur Program
Program Sarjana Pendidikan ini menawarkan 42 jam kredit secara kerja kursus (Mod C) dengan mengikuti kursus berikut :



Peluang Peningkatan Kerjaya
1. Menjadi guru / pensyarah / pengurus / pemimpin / pentadbir di institusi pendidikan kerajaan dan swasta.
2. Menjadi konsultan penyelidik dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu untuk organisasi pendidikan.

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM 17, 800.00 sahaja. Yuran pengajian hendaklah dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh UPSI.

Bayaran pada hari pendaftaran :

1. Yuran Pengajian Semester 1 : RM 4, 800.00
2. Yuran Pendaftaran : RM 250.00
3. Yuran Alumni : RM 100.00
4. Kad Pelajar : RM 30.00
5. Bayaran Proses Borang : RM 50.00 (Dibayar semasa memohon)

Sumber Pembiayaan
• PTPTN / KWSP / MARA
• Bank – bank tempatan
• Koperasi
• Yayasan

Tempoh Masa Pengajian
1 ½ tahun hingga 2 tahun

Syarat Kemasukan

Syarat – syarat kemasukan seperti berikut :

• Lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan PNGK 2.75 dan ke atas dari UPSI atau ijazah yang setaraf dari universiti lain yang diiktiraf oleh Senat UPSI.
• Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat,
• Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu
• Memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI

“ Kelebihan UPSI adalah semua kuliah secara bersemuka oleh pensyarah UPSI “

0 comments:

Post a Comment