DIPLOMA / IJAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Program ini dibangunkan untuk melahirkan para pendidik atau pembimbing yang berketerampilan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DPLI

Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan khusus perguruan kepada individu-individu dalam melahirkan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang pendidikan dan melahirkan graduan yang mempunyai keupayaan sebagai pemimpin instruktional.

SARJANA PENDIDIKAN M. Ed

Program ini diwujudkan bagi menyediakan lulusan Sarjana Pendidikan yang mampu mengamalkan profesionnya dengan lebih efisien pada peringkat kerjaya yang lebih tinggi , mengaplikasikan pengetahuan baru dalam bidang kerjaya dan menjalankan penyelidikan lanjutan dalam bidang berkaitan.

SARJANA PENGURUSAN PERNIAGAAN MBA

Program ini diwujudkan bagi menyediakan lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan yang mampu mengamalkan profesion di peringkat lanjutan, mengajar kursus bidang profesionnya atau menjalankan penyelidikan asal terhadap fungsi, pentadbiran, sejarah dan kemajuan bidangnya.

Thursday, September 27, 2012

STEP UP EDU - Hubungi Kami



Tel / Whatsapp : +6014-6646977
Email : stepupedumy@gmail.com / khairulpmsb@gmail.com

Step Up Edu (IP0376465-P)
Aras 8 (PITC),Perak Techno Trade Centre
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

STEP UP EDU - Siapa Kami ?



Syarikat Step Up Edu (IP0376465-P) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada Oktober 2012.

Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk memasarkan program-program akademik eksekutif institut pengajian tinggi awam dan swasta. Step Up Edu berperanan dalam mengatur sesi preview program kepada orang awam, melayani pertanyaan serta membekalkan maklumat yang berkenaan kepada prospek pelajar, dan menguruskan permohonan dan pendaftaran pelajar.

Matlamat Step Up Edu adalah untuk memberi peluang dan kemudahan kepada individu-individu untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. Pihak kami ingin merealisasikan hasrat individu-individu yang ingin memperbaharui pengetahuan dan kemahiran tanpa mengira umur dan latar belakang mereka demi kemajuan dan kepuasan diri.

Kelebihan kami adalah dengan mempunyai ahli-ahli syarikat yang berpengalaman dan komited untuk membantu dan melihat lebih ramai individu mendapat akses pendidikan seiring dengan seruan kerajaan Malaysia ke arah membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

"Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat"