Tuesday, October 2, 2012

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN (M. Ed) PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL), UPSI



Program Sarjana Pendidikan (M. Ed) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) diwujudkan bagi menyediakan lulusan Sarjana Pendidikan yang mampu mengamalkan profesionnya dengan lebih efisien pada peringkat kerjaya yang lebih tinggi, mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kerjayanya dan menjalankan penyelidikan lanjutan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Penawaran program ini bertujuan untuk :

1. Melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan cekap dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris di sekolah – sekolah dan institusi – institusi pendidikan di negara ini sama ada milik kerajaan atau swasta.
2. Meningkatkan kualiti guru dan keguruan di peringkat ijazah tinggi dalam bidang Bahasa Inggeris dan memastikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris terus relevan dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa.
3. Meningkatkan amalan menyelidik secara berterusan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan kesusasteraan bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan pengalaman dan bidang tugas pelajar – pelajar seperti :

a. kuliah
b. seminar / bengkel
c. pembentangan kertas kerja
d. latihan modular
e. praktikum
f. internship
g. penyelidikan
h. penulisan disertasi
i. program kolobrasi

Kuliah diadakan setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) selama 14 minggu/semester.

Struktur Program
Program Sarjana Pendidikan ini menawarkan 42 jam kredit secara kerja kursus (Mod C) dengan mengikuti kursus berikut :


Peluang Peningkatan Kerjaya
1. Menjadi guru / pensyarah / pengurus / pemimpin / pentadbir di institusi pendidikan kerajaan dan swasta.
2. Menjadi konsultan penyelidik dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu untuk organisasi pendidikan.

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM 17, 800.00 sahaja. Yuran pengajian hendaklah dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh UPSI.

Bayaran pada hari pendaftaran :

1. Yuran Pengajian Semester 1 : RM 4, 800.00
2. Yuran Pendaftaran : RM 250.00
3. Yuran Alumni : RM 100.00
4. Kad Pelajar : RM 30.00
5. Bayaran Proses Borang : RM 50.00 (Dibayar semasa memohon)

Sumber Pembiayaan
• PTPTN / KWSP / MARA
• Bank – bank tempatan
• Koperasi
• Yayasan

Tempoh Masa Pengajian
1 ½ tahun hingga 2 tahun

Syarat Kemasukan
Syarat – syarat kemasukan seperti berikut :

• Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti dari UPSI atau Ijazah yang setaraf dari mana – mana institusi pengajian tinggi; atau
• Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat UPSI; dan
• Memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI

“ Kelebihan UPSI adalah semua kuliah secara bersemuka oleh pensyarah UPSI “

0 comments:

Post a Comment