Tuesday, October 2, 2012

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UPSI



Program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling ini diwujudkan bagi mewujudkan lulusan Sarjana Pendidikan yang mampu mengamalkan profesionnya dengan lebih efisien pada peringkat kerjaya yang lebih tinggi, mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kerjayanya dan menjalankan penyelidikan lanjutan dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Penawaran program ini bertujuan untuk :

1. Memberi peluang kepada siswazah dan para profesional yang sedang berkhidmat untuk meningkatkan dan memperkayakan lagi keilmuan, kemahiran dan profesionalisme dalam bimbingan dan kaunseling.
2. Memberi pengalaman, keilmuan, kemahiran dan amalan dalam penyelidikan, penulisan dan penerbitan yang akan memberi sumbangan ke arah penambahan dan pemantapan ilmu bimbingan dan kaunseling.
3. Melahirkan para kaunselor yang dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran pengurusan dan kepemimpinan supaya berkemampuan untuk memainkan peranan sebagai pengurus, penyelia, pemimpin, pendidik kaunselor dan perunding dengan lebih berkesan.
4. Melahirkan siswazah yang dapat memenuhi keperluan pelesenan seperti yang digariskan dalam Akta 580 dan Halatuju Kaunseling di Malaysia serta keperluan Badan Akreditasi Antarabangsa iaitu Council for Accreditation for Counseling and Related Educational Programs (CACREP).

Struktur Program
Program Sarjana Pendidikan ini menawarkan 48 jam kredit (untuk memenuhi keperluan perlesenan) secara kerja kursus (Mod C) mengikut pecahan kursus seperti berikut:



Tempoh masa bagi menyempurnakan setiap kursus (termasuk study week dan peperiksaan akhir) adalah selama 5 minggu dengan dijadualkan 1 minggu rehat (break) antara kursus.

Kuliah diadakan selama 3 minggu (hari Sabtu dan Ahad sahaja) dengan jumlah jam pertemuan pada setiap minggu adalah 14 jam (42 jam kredit bagi setiap kursus).

Projek dan internship akan dijalankan secara serentak dan mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu iaitu selepas semua kursus diambil.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan pengalaman dan bidang tugas pelajar – pelajar seperti :

a. kuliah
b. seminar / bengkel
c. pembentangan kertas kerja
d. latihan modular
e. praktikum
f. internship
g. penyelidikan
h. penulisan disertasi

Peluang Peningkatan Kerjaya
• Menjadi guru, pensyarah, pengurus, pemimpin, atau pentadbir di institusi pendidikan kerajaan dan swasta.
• Menjadi pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sektor kerajaan dan swasta.
• Menjadi konsultan / motivator untuk meningkatkan kualiti modal insan Negara.

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM 17, 800.00 sahaja. Yuran pengajian hendaklah dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh UPSI.

Bayaran pada hari pendaftaran :

1. Yuran Pengajian Semester 1 : RM 4, 800.00
2. Yuran Pendaftaran : RM 250.00
3. Yuran Alumni : RM 100.00
4. Kad Pelajar : RM 30.00
5. Bayaran Proses Borang : RM 50.00 (Dibayar semasa memohon)

Sumber Pembiayaan
• PTPTN / KWSP / MARA
• Bank – bank tempatan
• Koperasi
• Yayasan

Tempoh Masa Pengajian
1 ½ tahun hingga 2 tahun

Syarat Kemasukan
Syarat – syarat kemasukan seperti berikut :

• Lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dan memperolehi sekurang - kurangnya PNGK 2.75 dari UPSI atau dari mana – mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
• Kelulusan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda dan diiktiraf oleh Senat Universiti serta mempunyai pengalaman kerja berkaitan; dan
• Memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia UPSI

“ Kelebihan UPSI adalah semua kuliah secara bersemuka oleh pensyarah UPSI “

0 comments:

Post a Comment